Tarawih, Madinatul Ramadan dibenarkan

KOTA BHARU 24 Mac – Kelantan membenarkan solat tarawih  di masjid dan surau  selepas mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Di samping itu, Madinatul Ramadan yang merupakan program tahunan kerajaan dalam meraikan bulan Ramadan, juga akan diadakan.

Bagaimanapun menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, prosedur operasi standard  (SOP) solat tarawih dan jumlah yang dibenarkan akan dimaklumkan kemudian selepas jawatankuasa MKN Kelantan bermesyuarat.

“Setakat hari ini solat tarawih berjemaah dibenarkan serta Program Madinatul Ramadan dengan pematuhan SOP kecuali kalau ada perkara di luar kawalan.

“Program Madinatul Ramadan ini akan dijalankan di dataran stadium dengan SOP penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka yang ketat,” katanya.

Kerajaan akan merangka SOP sesuai kepada peniaga Bazar Ramadan sebelum kebenaran diberikan.

Related posts

Leave a Comment