Covid-19: Kematian global meningkat

KADAR kematian global mingguan akibat Covid-19, meningkat buat pertama kalinya dalam tempoh tujuh minggu, kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Selepas enam minggu mencatatkan penurunan kes pada Januari dan Februari, kita kembali mencatatkan peningkatan selama empat minggu.

Dan minggu lalu, angka kematian meningkat buat kali pertama dalam tempoh tujuh minggu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi desakan supaya negara-negara membangun meningkatkan keupayaan bantuan bagi negara miskin.

Di peringkat global, katanya, 459 juta dos vaksin sudah diedarkan, tetapi 76 peratus daripadanya hanya berada dalam kalangan 10 negara.

“Kejayaan inisiatif Covax kini dalam risiko, kerana wujud permintaan tinggi di sesetengah negara kaya dan membangun, menyebabkan bekalan vaksin global terjejas,” katanya pada sidang video bersama lima pemimpin kanan dunia dan organisasi antarabangsa.

Related posts

Leave a Comment