Kes di Arab Saudi terus meningkat

RIYADH  23 Mac – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan lebih 400 kes baharu Covid-19 apabila mencatatkan 410 kes berbanding 404 semalam.

Sebelum ini, empat bulan lalu, pada 23 November, sebanyak 441 kes direkodkan dan selepas itu menunjukkan penurunan sehingga 82 kes pada 3 Januari lalu

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 385,834 dengan kes aktif 4,051 di mana 617 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Sementara itu lima lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 6,618.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 375,165 orang termasuk 366 yang dilaporkan pulih hari ini.

Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 159 kes diikuti Makkah 80 dan daerah Timur 71 kes.

Related posts

Leave a Comment