1.3 juta sembuh, 1.4 juta positif

JAKARTA 23 Mac – Kes sembuh di Indonesia merekodkan 1,304,921 orang ketika jumlah kumulatif positif terus meningkat kepada 1,471,225.

Jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah 6,954 orang manakala jumlah kes positif harian pula 5,297.

Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta 1,696, Jawa Barat 1,394, Jawa Tengah 1,014, Banten 541 dan Kalimantan Timur 362.

Jawa Barat pula mendahului catatan kes positif sebanyak 1,216 orang, Jakarta 815, Jawa Tengah 732, Banten  298 dan  Jawa Timur 238

Bagi kes kematian, sebanyak 154 kes direkodkan menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 39,865 kes di mana jumlah kes harian menunjukkan Jawa Barat 41,, Jawa Timur 28, Jawa Tengah 18, Bali 12 dan Jakarta 11 kes.

Sementara itu, jumlah penerima vaksinasi Covid-19 hari ini  meningkat menjadi 5,732,225 orang dengan tambahan penerima sebanyak 164.930 orang. Penerima  vaksinasi kedua meningkat menjadi 2.494.422 orang.

Related posts

Leave a Comment