5,867 kes baharu Filipina

MANILA 23 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,867 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 677,653 dengan kes aktif 86,200.

Semalam, Filipina merekodkan kes harian 8,019 dan sebelum itu selama tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 7,000 kes.

DoH juga merekodkan 620 kes pesakit sembuh yang secara keseluruhan membawa kepada 578,461 orang pesakit telah pulih.

Bagi tempoh yang sama, setakat pukul 4 petang ini, 20 orang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan 12,992 kematian.

Related posts

Leave a Comment