Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 26 Mac – Kes positif harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan apabila melebihi 500 kes berbanding 482 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah yang dicatatkan adalah 510 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 387,292 kes. Dalam tempoh 24 jam, tujuh lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,637 kematian. Sebanyak 372 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 376,203. Kes aktif pula 4,452 di mana 630 dalam keadaan kritikal. Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 213 kes diikuti daerah Timur 94…

Read More

Filipina lepasi 700,000 kes

MANILA 26 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina melepasi 700,000 kes apabila 9,838 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 702,856. Catatan harian hari ini adalah yang tertinggi direkodkan selepas 8,773 kes yang direkodkan semalam (25 Mac) dan 8,019 kes pada 22 Mac. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang, sebanyak 54 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 13,149 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 663 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah kes sembuh kepada 580,689 orang…

Read More

134 kes baharu di Thailand

BANGKOK 26 Nov – Sebanyak 134 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan 128 kes tempatan dan enam import menjadikan jumlah keseluruhan 28,577 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 41 kes direkodkan dalam kalangan pesakit di hospital dan 87 lagi melalui pengesanan aktif dalam komuniti. Bangkok merekodkan 98 kes iaitu 16 disahkan di hospital manakal 82 pengesanan kes secara aktif manakala Samut Sakhon merekodkan 17 kes iaitu 15 dikesan di hospital dan dua kes dalam masyarakat. Wilayah lain yang merekodkan kes adalah Samut Prakan (5), Tak (5), Samut…

Read More

13 kluster baharu, 14 tamat

PUTRAJAYA 26 Mac – Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 1,335 kluster. Daripada jumlah itu, sebanyak 942 kluster telah tamat termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini dan ini bermakna  393 kluster masih aktif. Kluster tamat hari ini adalah Kluster Jalan Cyber Sembilan, Kluster Jalan Bayam, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan DPB Tiga, Kluster Mediacity, Kluster Lorong Bersatu Damai, Kluster Bukit Angkasa. Kluster Jalan Cyber 14, Kluster Hikmah Muadzam, Kluster Simpang Tiga…

Read More

1,275 kes baharu, 1,509 sembuh

PUTRAJAYA 26 Mac – Sebanyak 1,275 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif 339,443 dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,269 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 32 merupakan kes import melibatkan 21 rakyat tempatan yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sebanyak 22 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok…

Read More

Kos haji dijangka naik 9 peratus

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kos bagi pelaksanaan ibadah haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya sebanyak sembilan peratus berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Arab Saudi berkuat kuasa Julai tahun lalu. Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu kesan pandemik Covid-19. SOP baharu dijangka memberi impak terhadap pertambahan kos bagi ibadah haji. Kos bagi ibadah haji bagi 2019/2020 adalah sebanyak RM22,900 bagi setiap jemaah. Dengan kenaikan 15 peratus…

Read More

Sekolah menengah buka ikut jadual

BATU PAHAT 26 Mac – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi peringkat menengah yang dijadualkan bermula pada 4 dan 5 April ini akan diteruskan walaupun terdapat 41 kluster CAovid-19 di semua peringkat institusi pendidikan sejak 1 Januari lepas hingga semalam. Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata persekolahan akan diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Secara keseluruhan lebih lima juta orang murid di seluruh negara termasuk pelajar sekolah menengah akan kembali ke sekolah pada 4 dan 5 April ini. “Kita sudah sediakan SOP terbaik, jadi, kita harap semua pihak termasuk…

Read More

Kerjasama sederap bukan tertiarap

BENAR kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan – jernihkan segala ‘masalah’ yang timbul dalam UMNO sekali gus memperkukuhkan parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. “Perkara (menoktahkan persoalan) ini penting bagi membolehkan kita (UMNO) benar-benar bersedia masuk ke fasa persiapan untuk menghadapi rakyat (PRU15),” katanya menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020). Walaupun beberapa hari lalu Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi sudah menjelaskan tidak pernah berbincang soal kerjasama dengan PKR, perwakilan pastinya ingin mendengar secara langsung berhubung isu ini. “Tiada perbincangan langsung, secara rasmi atau tidak rasmi. Bukan…

Read More

Vaksinasi Sarawak paking ramai

PUTRAJAYA 26 Mac – Seramai 93,557 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 11,017 diikuti Kelantan (10,726) dan Kuala Lumpur (10,662). Untuk tempoh sama, seramai 443,124 individu direkodkan telah menerima dos pertama dengan Selangor mencatat jumlah teramai iaitu 62,418 orang, diikuti Perak (49,535) dan Sabah (41,738).

Read More

200 juta dos sasaran baharu

WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menetapkan sasaran baharu suntikan vaksin Covid-19 sebanyak 200 juta dos di negara Uncle Sam itu dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Sasaran itu dibuat selepas pentadbirannya berjaya mencapai matlamat 100 hari dalam tempoh 58 hari lebih awal, janji yang ditetapkan setelah memegang jawatan itu pada 20 Januari lalu. Bercakap pada sidang media di White House, Biden percaya sasaran itu boleh dicapai. White House menyatakan 130 juta suntikan dilakukan setakat Rabu lepas. Menurut Biden, sebanyak 85 juta individu telah menerima satu suntikan dos…

Read More