134 kes baharu di Thailand

BANGKOK 26 Nov – Sebanyak 134 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan 128 kes tempatan dan enam import menjadikan jumlah keseluruhan

28,577 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 41 kes direkodkan dalam kalangan pesakit di hospital dan 87 lagi melalui pengesanan aktif dalam komuniti.

Bangkok merekodkan 98 kes iaitu 16 disahkan di hospital manakal 82 pengesanan kes secara aktif manakala Samut Sakhon merekodkan 17 kes iaitu 15 dikesan di hospital dan dua kes dalam masyarakat.

Wilayah lain yang merekodkan kes adalah Samut Prakan (5), Tak (5), Samut Songkhram (2) dan Pathum Thani (1) di mana 10 dilaporkan di hospital.

Enam kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari

Sweden (2), Malaysia (1), Zimbabwe (1),  Korea Selatan (1) dan Turki (1). Empat daripadanya warga Thai, bakinya warga Zimbabwean dan Sweden,

Daripada 28,577 kes Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 27,032 (95%) dilaporkan pulih termasuk  86 yang dibenarkan keluar hospital manakala 1,453 masih menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment