Vaksinasi Sarawak paking ramai

PUTRAJAYA 26 Mac – Seramai 93,557 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 11,017 diikuti Kelantan (10,726) dan Kuala Lumpur (10,662).

Untuk tempoh sama, seramai 443,124 individu direkodkan telah menerima dos pertama dengan Selangor mencatat jumlah teramai iaitu 62,418 orang, diikuti Perak (49,535) dan Sabah (41,738).

Related posts

Leave a Comment