1.3 juta sembuh, 1.4 juta positif

JAKARTA 23 Mac – Kes sembuh di Indonesia merekodkan 1,304,921 orang ketika jumlah kumulatif positif terus meningkat kepada 1,471,225. Jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah 6,954 orang manakala jumlah kes positif harian pula 5,297. Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta 1,696, Jawa Barat 1,394, Jawa Tengah 1,014, Banten 541 dan Kalimantan Timur 362. Jawa Barat pula mendahului catatan kes positif sebanyak 1,216 orang, Jakarta 815, Jawa Tengah 732, Banten  298 dan  Jawa Timur 238 Bagi kes kematian, sebanyak 154 kes direkodkan menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 39,865…

Read More

Kes di Arab Saudi terus meningkat

RIYADH  23 Mac – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan lebih 400 kes baharu Covid-19 apabila mencatatkan 410 kes berbanding 404 semalam. Sebelum ini, empat bulan lalu, pada 23 November, sebanyak 441 kes direkodkan dan selepas itu menunjukkan penurunan sehingga 82 kes pada 3 Januari lalu Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 385,834 dengan kes aktif 4,051 di mana 617 daripadanya dalam keadaan kritikal. Sementara itu lima lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 6,618. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada…

Read More

5,867 kes baharu Filipina

MANILA 23 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,867 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 677,653 dengan kes aktif 86,200. Semalam, Filipina merekodkan kes harian 8,019 dan sebelum itu selama tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 7,000 kes. DoH juga merekodkan 620 kes pesakit sembuh yang secara keseluruhan membawa kepada 578,461 orang pesakit telah pulih. Bagi tempoh yang sama, setakat pukul 4 petang ini, 20 orang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan 12,992 kematian.

Read More

399 kluster aktif, 3 kluster baharu

PUTRAJAYA 23 Mac – Sebanyak 15 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan tamat 911 manakala 399 kluster masih aktif termasuk tiga kluster baharu yang direkodkan hari ini. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Jitu, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Perigi, Kluster Bestari Rantau, Kluster Jalan Kubur Darau, Kluster Semarak Bersia, Kluster Parit Lanjut, Kluster Tanah Putih. Kluster Gudang Salak Tinggi, Kluster Jalan Teknologi, Kluster Nanga Lijan, Kluster Univista, Kluster Kidurong Dua, Kluster Lot Tujuh,  dan Kluster Tapak Bina Lombong Timah. Sebanyak 54 kluster merekodkan pertambahan kes baharu dan…

Read More

Kes di Selangor meningkat

PUTRAJAYA 23 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 625 kes (45.2 peratus) berbanding 403 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 557 kes (89.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 161 kes (11.6 peratus) dan Sarawak sebanyak 140 kes (10.1 peratus). Selangor: 625 kes  375 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Balakong Jaya Dua; 182 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Dua (2) kes import dari luar…

Read More

Pertahan kalimah Allah

SHAH ALAM 23 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk yang mengandungi kalimah Allah dilarang penggunaannya di Selangor. Baginda mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat kesempurnaan. Titah baginda, kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa…

Read More

1,384 kes baharu, 6 kematian

KUALA LUMPUR 23 Mac – Kementerian Kesihatan merekodkan 1,384 kes baharu Covid-19 hari ini, satu peningkatan kes berbanding 1,116 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah dengan perkembangan terbaharu itu jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 335,540 dengan kes aktif sebanyak 14,454. “Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,375 adalah kes tempatan manakala sembilan lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebanyak 37 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan…

Read More

Kenaikan mendadak di Thailand

BANGKOK 23 Mac – Thailand melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak apabila merekodkan 401 kes termasuk 337 hasil pengesanan aktif dalam komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 28,277. Sebanyak 18 kes import juga dilaporkan di samping satu kematian yang secara keseluruhan menjadikan 92 orang meninggal dunia. Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, kes kematian melibatkan seorang lelaki, 75 dari Bangkok yang menghidap darah tinggi, Alzheimer dan masalah injap jantung. Dia mengalami demam dan sakit tekak pada 14 Mac dan diuji positif untuk Covid-19 pada hari yang sama. Keadaannya bertambah buruk pada keesokan hari dan…

Read More

Komitmen iktiraf sijil vaksinasi

PUTRAJAYA 23 Mac – Malaysia dan Singapura menyatakan komitmen bersama bagi mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 yang dikeluarkan untuk rakyat masing-masing, sebagai mempermudahkan lagi perjalanan merentasi sempadan antara dua negara berkenaan. Kedua-dua pihak akan memperhalusi perkara itu dan akan memulakan perbincangan khusus mengenainya. Perkara itu adalah  antara yang dipersetujui kedua-dua negara, selepas mesyuarat tertutup antara Menteri Luar Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di sini hari ini. Dalam sidang media bersama, kedua-dua Menteri berkata, Malaysia dan Singapura turut bersetuju untuk mempercepatkan lagi program vaksinasi masing-masing bagi penduduk…

Read More

Dadah amphetamine RM5.2b dirampas

NILAI 23 Mac – Hasil perkongsian maklumat dan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa, pihak berkuasa berjaya melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine bernilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah di Malaysia. Ia hasil kerjasama Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui perkongsian maklumat perisikan dengan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kejayaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kastam, Abdul Latif Abdul Kadir, pada satu sidang media di JKDM Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan, Jalan…

Read More