1,384 kes baharu, 6 kematian

KUALA LUMPUR 23 Mac – Kementerian Kesihatan merekodkan 1,384 kes baharu Covid-19 hari ini, satu peningkatan kes berbanding 1,116 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah dengan perkembangan terbaharu itu jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 335,540 dengan kes aktif sebanyak 14,454.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,375 adalah kes tempatan manakala sembilan lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 37 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (29 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Jalan Awang (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,058 lagi kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh akibat pandemik itu sebanyak 319,842.

Beliau berkata jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat pandemik itu kini mencecah 1,244 orang termasuk enam hari ini .

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah 148 dengan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

 

Related posts

Leave a Comment