Kes di Selangor meningkat

PUTRAJAYA 23 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 625 kes (45.2 peratus) berbanding 403 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 557 kes (89.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 161 kes (11.6 peratus) dan Sarawak sebanyak 140 kes (10.1 peratus).

  • Selangor: 625 kes 
    • 375 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Balakong Jaya Dua;
    • 182 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 161 kes  
    • 114 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Indah Gemilang Satu;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 140 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 85 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 100 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Bukit Minyak;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment