Kenaikan mendadak di Thailand

BANGKOK 23 Mac – Thailand melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak apabila merekodkan 401 kes termasuk 337 hasil pengesanan aktif dalam komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 28,277.

Sebanyak 18 kes import juga dilaporkan di samping satu kematian yang secara keseluruhan menjadikan 92 orang meninggal dunia.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, kes kematian melibatkan seorang lelaki, 75 dari Bangkok yang menghidap darah tinggi, Alzheimer dan masalah injap jantung.

Dia mengalami demam dan sakit tekak pada 14 Mac dan diuji positif untuk Covid-19 pada hari yang sama. Keadaannya bertambah buruk pada keesokan hari dan meninggal dunia pada Jumaat.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 337 kes hasil pengesanan aktif dalam komuniti dilaporkan manakala 46 lagi dikesan di hospital.

Kes dilaporkan di Bangkok, Samut Sakhon, Nakhon Pathom. Khon Kaen, Pathum Thani dan Nonthaburi.

Bagi kes import pula adalah darinUnited Kingdom (2), Greece (1), Belgium (1),  Netherlands (1), the United Arab Emirates (1), Pakistan (1), Croatia (1), Syria (1), Myanmar (1), Qatar (4), Ethiopia (1), Malaysia (2) dan Tunisia (1).

Daripada 28,277 kes keseluruhan Covid-19, sebanyak 26,766 (94.66%) dilaporkan pulih termasuk 103 yang sembuh hari ini manakala 1,419 masih dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment