Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 22 Mac – Indonesia setakat ini mencatatkan 1,465,928 kes positif Covid-19 selepas 5,744 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam. Jakarta menambah 1,474 kes dengan kumulatifnya 372,056 diikuti Jawa Barat 1,253 (241,204), Jawa Tengah 741 (165,133), Banten 440 (35,040) dan Jawa Timur 270 (136,959). Bagi kes sembuh, jumlah kumulatif kini 1,297,967 kes termasuk 7,177 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jawa Tengah 1,739 dengan kumulatif 120,596 kes diikuti Jakarta 1,714, Jawa Barat 1,053, Kalimantan Timur 413 serta Jawa Timur menambahkan 291 orang.…

Read More

12 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 22 Mac – Sebanyak 12 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, kesemuanya kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Sepuluh daripada 12 kes baharu itu tidak bergejala, manakala lagi dua kes menunjukkan simptom dijangkiti virus tersebut. Kes tidak bergejala itu dikesan menerusi pemeriksaan dan pemantauan proaktif Kementerian Kesihatan (MoH), menurutnya dalam kemas kini sebelah malam mengenai kes baru tersebut. Tiada kes dilaporkan dalam kalangan masyarakat mahupun di asrama pekerja asing, buat 10 hari berturut-turut. Kes import hari ini, termasuk satu pemegang pas tanggungan…

Read More

404 kes selepas empat bulan

RIYADH 22 Mac – Selepas lebih empat bulan kes jangkitan harian Covid-19 dalam  keadaan turun naik tetapi tidak mencecah 400, keadaan itu berubah apabila 404 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam . Menurut rekod Kementerian Kesihatan, kali terakhir angka harian mencecah 400 adalah pada 23 November 2020 yang merekodkan 441 kes dan selepas itu mula turun sehingga 82 kes pada Januari 2021. Berikutan itu, jumlah kumulatif kes jangkitan kini meningkat kepada 385,424 dengan angka kematian pula 6,613 selepas empat lagi pesakit meninggal dunia. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 387 kes…

Read More

“Kita sudah ada 60 peratus vaksin”

PUTRAJAYA 22 Mac – Kerajaan hari ini memeterai perjanjian untuk menambah 30 peratus lagi vaksin Pfizer-BioNTech sekaligus menjadikan negara memperoleh 31.9 juta dos vaksin Pfizer untuk diberikan kepada rakyat. “Ini yang sudah pasti, kita sudah memeterai perjanjian untuk membeli jumlah itu. Jadi ia akan menjadikan jumlah vaksin yang telah kita meterai mampu diberikan kepada 50 peratus daripada populasi negara,” katanya. Beliau juga pada hari ini menandatangani perjanjian dengan Sinovac di Malaysia untuk membeli lagi 12 juta dos. “Ini adalah yang dibuat di negara kita, lain daripada 200,000 dos yang kita beli…

Read More

73 kes baharu Thailand, 1 kematian

BANGKOK 22 Mac – Thailand merekodkan 73 kes baharu Covid-19 di mana 66 melibatkan kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan 27,876 kes dengan seorang lagi meninggal dunia menjadikan kumulatif 91 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kes kematian adalah seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang tinggal di Bangkok. Bangkok dan Samut Sakhon masing-masing merekodkan lapan kes hospital manakala satu kes masing-masing dari Nakhon Pathom, Pathum Thani, Nonthaburi, Samut Prakan, Chon Buri dan Ratchaburi . Ujian di lapangan pula mengesan 25 kes di Samut Sakhon, 13 di Bangkok, lima di…

Read More

Kes harian Filipina melepasi 8,000

MANILA 22 Mac – Tiga hari merekodkan lebih 7,000 kes harian, akhirnya Filipina melepasi angka 8,000 apabila merekodkan 8,019 kes hari ini menjadikan jumlah tertinggi selepas 7,999 kes yang direkodkan pada 20 Mac lalu. Sebelum ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,103 kes harian pada 19 Mac dan semalam mencatatkan 7,757 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat pukul 4 petang ini meningkat kepada 671,792 kes dengan kes aktif 80,970. Jumlah kematian pula meningkat kepada 12,972 orang apabila empat lagi pesakit meninggal dunia. DoH juga merekodkan 103…

Read More

10 kluster baharu, 411 aktif

PUTRAJAYA 22 Mac – Jumlah kluster meningkat kepada 1,307 berikutan tambahan 10 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti. Bagaimanapun hanya 411 kluster masih aktif setelah 896 tamat termasuk 15 kluster yang tamat hari ini. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Bursa, Kluster Selambau, Kluster Jalan Air Hitam, Kluster Jun Heng, Kluster Ladang Tangkarason, Kluster Industri Serkam, Kluster Jalan Seroja, Kluster Jalan Telok Gong, Kluster Jalan Klinik. Kluster Plastik Subang, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Tapak…

Read More

Selangor tambah kes baharu

PUTRAJAYA 22 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes (36.1 peratus) naik sedikit berbanding 356 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 337 kes (83.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes (14.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 124 kes (11.1 peratus). Selangor: 403 kes  221 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Helang; 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu kes…

Read More

Kes sembuh atasi kes baharu

PUTRAJAYA 22 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,116 kes baharu Covid-19, berkurangan berbanding 1,327 semalam menjadikan jumlah kumulatif 334,156 dengan 14,134 kes aktif. Daripada jumlah itu, 1,108 kes tempatan iaitu 722 warganegara (65.2%) dan 386 bukan warganegara (34.8%). Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, lapan lagi kes import melibatkan lima warganegara dan baki bukan warganegara. Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes), Kluster Tembok Tapah (8…

Read More