Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 22 Mac – Indonesia setakat ini mencatatkan 1,465,928 kes positif Covid-19 selepas 5,744 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jakarta menambah 1,474 kes dengan kumulatifnya 372,056 diikuti Jawa Barat 1,253 (241,204), Jawa Tengah 741 (165,133), Banten 440 (35,040) dan Jawa Timur 270 (136,959).

Bagi kes sembuh, jumlah kumulatif kini 1,297,967 kes termasuk 7,177 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jawa Tengah 1,739 dengan kumulatif 120,596 kes diikuti Jakarta 1,714, Jawa Barat 1,053, Kalimantan Timur 413 serta Jawa Timur menambahkan 291 orang.

Kes kematian pula merekodkan 161 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 39,711

Lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah Jawa Barat 48 kes, Jawa Timur 27, Jakarta 20, Jawa Tengah 16 dan Kalimantan Tengah tujuh kes.

Mengenai vaksinasi pula, jumlah penerima kini 5,567,280 termasuk 33,901 yang terima suntikan hari ini sementara penerima vaksin dos kedua meningkat menjadi 2,312,601.

Kes aktif pula atau pesakit yang masih memerlukan rawatan berkurang sebanyak

1,594 kes dan jumlah keseluruhan menjadi 128.250 kes.

Related posts

Leave a Comment