Kes sembuh atasi kes baharu

PUTRAJAYA 22 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,116 kes baharu Covid-19, berkurangan berbanding 1,327 semalam menjadikan jumlah kumulatif 334,156 dengan 14,134 kes aktif.

Daripada jumlah itu, 1,108 kes tempatan iaitu 722 warganegara (65.2%) dan 386 bukan warganegara (34.8%).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, lapan lagi kes import melibatkan lima warganegara dan baki bukan warganegara.

Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes), Kluster Tembok Tapah (8 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Jalan Awang (2 kes), Kluster DTI Machap Umboo (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

Kes sembuh pula meningkat kepada 318,784 kes termasuk  1,495 kes yang dilaporkan sembuh hari ini.

Sebanyak 156 kes ditempatkan  di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Lima kematian dilaporkan melibatkan empat warganegara dan satu bukan warganegara.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Related posts

Leave a Comment