12 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 22 Mac – Sebanyak 12 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, kesemuanya kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Sepuluh daripada 12 kes baharu itu tidak bergejala, manakala lagi dua kes menunjukkan simptom dijangkiti virus tersebut.

Kes tidak bergejala itu dikesan menerusi pemeriksaan dan pemantauan proaktif Kementerian Kesihatan (MoH), menurutnya dalam kemas kini sebelah malam mengenai kes baru tersebut.

Tiada kes dilaporkan dalam kalangan masyarakat mahupun di asrama pekerja asing, buat 10 hari berturut-turut.

Kes import hari ini, termasuk satu pemegang pas tanggungan , dua pemegang pas kerja yang tiba dari India, enam kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh dan India.

Tiga kes lagi adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India dan Indonesia untuk mengunjungi anggota keluarga yang merupakan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Berkaitan kes sembuh, sebanyak 13 pesakit Covid-19 dibenarkan pulang dari hospital dan secara keseluruhannya, seramai 60,051 pesakit sudah pulih .

Related posts

Leave a Comment