Kes harian Filipina melepasi 8,000

MANILA 22 Mac – Tiga hari merekodkan lebih 7,000 kes harian, akhirnya Filipina melepasi angka 8,000 apabila merekodkan 8,019 kes hari ini menjadikan jumlah tertinggi selepas 7,999 kes yang direkodkan pada 20 Mac lalu.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,103 kes harian pada 19 Mac dan semalam mencatatkan 7,757 kes.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat pukul 4 petang ini meningkat kepada 671,792 kes dengan kes aktif 80,970.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 12,972 orang apabila empat lagi pesakit meninggal dunia.

DoH juga merekodkan 103 kes sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih 577,850 orang atau 86.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, Jurucakap Presiden, Harry Roque berkata, Filipina menyasarkan mengurangkan bilangan kes Covid-19 sebanyak 25 peratus atau lebih selepas dua minggu pelaksanaan sekatan yang lebih ketat bagi mengehadkan pergerakan orang ramai di Metro Manila, Rizal, Laguna, Cavite, dan Bulacan.

Related posts

Leave a Comment