73 kes baharu Thailand, 1 kematian

BANGKOK 22 Mac – Thailand merekodkan 73 kes baharu Covid-19 di mana 66 melibatkan kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan 27,876 kes dengan seorang lagi meninggal dunia menjadikan kumulatif 91 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kes kematian adalah seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang tinggal di Bangkok.

Bangkok dan Samut Sakhon masing-masing merekodkan lapan kes hospital manakala satu kes masing-masing dari Nakhon Pathom, Pathum Thani, Nonthaburi, Samut Prakan, Chon Buri dan Ratchaburi .

Ujian di lapangan pula mengesan 25 kes di Samut Sakhon, 13 di Bangkok, lima di Pathum Thani dan satu di Phetchaburi.

Tujuh kes import pula dari Jerman, Belgium, Qatar, Poland, Denmark, Amerika Syarikat dan Hungary.

Sementara itu, sebanyak 65 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 26,663 termasuk 65 yang sembuh hari ini manakala 1,122 masih mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment