404 kes selepas empat bulan

RIYADH 22 Mac – Selepas lebih empat bulan kes jangkitan harian Covid-19 dalam  keadaan turun naik tetapi tidak mencecah 400, keadaan itu berubah apabila 404 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam .

Menurut rekod Kementerian Kesihatan, kali terakhir angka harian mencecah 400 adalah pada 23 November 2020 yang merekodkan 441 kes dan selepas itu mula turun sehingga 82 kes pada Januari 2021.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes jangkitan kini meningkat kepada 385,424 dengan angka kematian pula 6,613 selepas empat lagi pesakit meninggal dunia.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 387 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 374,799.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 184 kes diikuti Makkah 73 dan daerah Timur 66 .

Terdapat 4,012 kes aktif dan 595 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment