JERMAN akan meneruskan semula penggunaan vaksin AstraZeneca mulai Jumaat selepas Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengumumkan vaksin itu selamat dan berkesan.
Menteri Kesihatan Jens Spahn dalam sidang media semalam mengalu-alukan penemuan EMA yang disifatkan sebagai berita baik dan ditunggu-tunggu.
Keputusan EMA mengesahkan keselamatan dan kualiti vaksin AstraZeneca. Ini satu berita baik,” katanya.
“Matlamat kami, dan ini matlamat bersama kerajaan persekutuan dan semua 16 negeri Jerman, adalah supaya vaksinasi dengan AstraZeneca dapat dimulakan seawal esok hari,” tambahnya.
Beberapa negara lain termasuk Itali, Perancis dan Sepanyol turut mengumumkan akan meneruskan semula penggunaan AstraZeneca.
Sementara Sweden akan membuat keputusan mengenai perkara itu beberapa hari lagi.
