Vaksin Oxford-AstraZeneca selamat

AGENSI Perubatan Eropah (EMA) memutuskan vaksin Oxford-AstraZeneca selamat dan berkesan.

Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada risiko pembekuan darah berlaku lebih tinggi jika disuntik AstraZenec

“Kesimpulan daripada penelitian kami adalah vaksin ini selamat dan berkesan. Ia memberi lebih manfaat dalam melindungi orang ramai daripada kematian atau dimasukkan ke dalam hospital akibat Covid-19.

“Kami juga mendapati pemberian vaksin ini tidak ada kaitan dengan risiko pembekuan darah lebih tinggi secara keseluruhan,” kata Cooke di Amsterdam semalam, Khamis.

EMA membuat siasatan selepas 13 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) menggantung pemberiannya kerana bimbang risiko pembekuan darah.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada negara anggota EU untuk membuat keputusan sama ada meneruskan atau menggantung pemberian AstraZeneca.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta negara-negara di dunia terus menggunakan AstraZeneca dan pertubuhan itu akan mengeluarkan hasil siasatannya berhubung AstraZeneca.

Sebanyak 13 negara anggota EU, antaranya Jerman dan Sweden, menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca susulan beberapa laporan mengenai kes pembekuan darah kesan sampingan pengambilannya.

Vaksin tersebut dibangunkan dengan kerjasama Oxford University dan pengeluar ubat-ubatan berpangkalan di United Kingdom, AstraZeneca.

Related posts

Leave a Comment