348 kes baharu, 4 kematian di Saudi

RIYADH 14 Mac – Arab Saudi merekodkan 348 kes baharu dan empat kematian akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kes jangkitan kini meningkat kepada 382,407 dan 6,567 kematian. Sebanyak 247 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 372,703 orang sementara kes aktif 3,137 di mana 555 dalam keadaan kritikal. Riyadh terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 179 diikuti Makkah 52 dan daerah Timur 44 kes.

Read More

Kes sembuh harian atasi jangkitan

JAKARTA 14 Mac – Jumlah kes sembuh di Indonesia mengatasi kes jangkitan apabila 5,647 pesakit dilaporkan pulih berbanding 4,714 kes jangkitan baharu Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 1,243,117 manakala jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,419,,456. Lima provinsi yang merekodkan kes tertinggi adalah Jakarta yang menambah 2,012 dan kumulatifnya 347,138, Jawa Barat 946 ( 196,353), Banten 388 (24.527), Kalimantan Timur 363 ( 53.023) Jawa Timur 299 (122,751). Bagi kes positif, Jakarta merekodkan tambahan kes yang tinggi iaitu 1,204 kes dengan jumlah kumulatifnya 359,980, Jawa Barat 1,133  (231.692), Banten 315…

Read More

170 kes, kluster pasar di Thailand

BANGKOK 14 Mac – Thailand merekodkan 170 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 14 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 26,927. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 memberitahu, Bangkok mencatatkan 90 kes melalui pemeriksaan yang dilakukan di lapangan manakala tiga kes dikesan di hospital. Sebanyak 80 kes hasil pemeriksaan itu dikesan di Pasar Bang Khae antara daerah Bang Khae dan Phasi Charoen. Kewujudan kluster pasar itu menyebabkan pihak Pentadbiran Metropolitan Bangkok menutup pasar berkenaan semalam. Mereka yang berkunjung ke pasar itu antara 27 Februari dan semalam diminta…

Read More

Jumlah kes Filipina kini 621,498

MANILA 14 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,899 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 5,000 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 621,498 kes. Dalam kenyataannya, DoH memaklumkan sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 63 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 12,829 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 13,371 pesakit dilaporkan pulih dan ini meningkatkan lagi jumlah pulih kepada 560,512 orang atau 90.2 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 48,157.

Read More

Rasa kecewa terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kumpulan 10 Ahli Parlimen yang lebih awal meninggalkan PKR mendakwa tindakan tiga lagi Ahli Parlimen keluar parti itu didorong rasa kecewa yang mendalam terhadap kepemimpinan Anwar Ibrahim yang membawa amalan politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti ke jurang kehancuran. Menurut kumpulan itu, biar pun pahit, hakikatnya adalah kepemimpinan Anwar  ditolak oleh sebahagian besar anggota partinya sendiri kerana PKR telah kehilangan idealisme dan tergelincir dari landasan perjuangan. “ PKR, di bawah pimpinan dan kerangka sekarang, tidak lagi mampu memperjuangkan prinsip keadilan dan kesejahteraan bagi…

Read More

424 kluster aktif, 64 tambah kes

PUTRAJAYA 14 Mac – Tiga kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 1,237 kluster. Daripada jumlah itu, 813 kluster termasuk lima kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu 57, Kluster Jalan Kuala Selangor, Kluster Tanjung Megah, Kluster Tembok Renggam, dan Kluster Jalan Jelatek. Jumlah kluster aktif pula adalah 424 kluster dan 64 kluster mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Tembok Tapah (57 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (30 kes), dan Kluster Rawang Bestari (28 kes). Tiga kluster baharu yang telah…

Read More

Selangor catat 577 kes

PUTRAJAYA 14 Mac – Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 577 kes (42.6 peratus) berbanding 551 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 471 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 178 kes (13.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 154 kes (11.4 peratus). Perlis kekal dengan 320 kes apabila tiada kes baharu dilaporkan hari ini. Selangor: 577 kes  83 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sutera; 388 kes…

Read More

1,354 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 14 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,354 kes baharu positif Covid-19 hari ini yang melibatkan 1,340 kes dan 14 kes import yang menjadikan jumlah kumulatif 323,763 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes (4.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (57 kes),  Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes). Sebanyak 1,782 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak…

Read More

DAP mahu tambah kerusi di Perak

IPOH 14 Mac – DAP Perak berhasrat untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) di negeri itu, dari Amanah dan PKR mengenai pengagihan kerusi bagi mengelakkan sebarang pertembungan kerusi kelak. “Kita mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan, tetapi demi menghormati rakan-rakan seperjuangan yang lain, saya cuba merayu dan memohon, supaya Majlis Presiden Pakatan Harapan merestui hasrat kita supaya dapat membantu…

Read More

Runding kerusi ‘PKR, Pejuang’ bukan UMNO, Pas, Bersatu

Runding kerusi ‘PKR, Pejuang’ bukan UMNO, Pas, Bersatu DIAM tak diam Bersatu sudah mempunyai 31 kerusi Parlimen, hanya empat lagi kerusi untuk menyamai UMNO dan PKR. Begitu juga, UMNO dan PKR sama-sama hebat kerana mendahului carta acara ‘lompat katak’ atau istilah lebih kasar pengkhianatan anggota Parlimennya. UMNO dan PKR setakat 14 Mac masing-masing kehilangan 15 kerusi, satu sejarah politik yang memualkan terutama dalam kalangan pengundi dan penyokong parti, bukan penyokong individu kerana nama, contohnya Azmin, Tok Pa atau Hamzah. Kedudukan kerusi Ini diperoleh berdasarkan fakta yang dipaparkan di Sinar Ahad…

Read More