Selangor catat 577 kes

PUTRAJAYA 14 Mac – Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 577 kes (42.6 peratus) berbanding 551 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 471 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 178 kes (13.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 154 kes (11.4 peratus).

Perlis kekal dengan 320 kes apabila tiada kes baharu dilaporkan hari ini.

  • Selangor: 577 kes 
    • 83 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sutera;
    • 388 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lapan kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 178 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Begalak;
    • 85 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam kes import dari luar negara; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 154 kes 
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 121 kes  
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tun Mutalib Tiga;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 101 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tujuh kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment