Jumlah kes Filipina kini 621,498

MANILA 14 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,899 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 5,000 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 621,498 kes.

Dalam kenyataannya, DoH memaklumkan sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 63 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 12,829 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 13,371 pesakit dilaporkan pulih dan ini meningkatkan lagi jumlah pulih kepada 560,512 orang atau 90.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula 48,157.

Related posts

Leave a Comment