424 kluster aktif, 64 tambah kes

PUTRAJAYA 14 Mac – Tiga kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 1,237 kluster.

Daripada jumlah itu, 813 kluster termasuk lima kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu 57, Kluster Jalan Kuala Selangor, Kluster Tanjung Megah, Kluster Tembok Renggam, dan Kluster Jalan Jelatek.

Jumlah kluster aktif pula adalah 424 kluster dan 64 kluster mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Tembok Tapah (57 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (30 kes), dan Kluster Rawang Bestari (28 kes).

Tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

1.        KLUSTER JALAN TUN MUTALIB TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-309258) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang  di Jalan Tun Mutalib 3, Kawasan Perindustrian, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 14 Mac, sejumlah 469 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

2.        KLUSTER JALAN SUTERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang  yang terletak di Jalan Sutera 1/5A, Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 26 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

3.        KLUSTER BEGALAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu dan Song di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317522) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Penularan kes-kes dalam kluster ini berlaku di Sungai Begalak, Batang Rajang, Song serta lokaliti kediaman kes-kes yang terletak di sekitar daerah Song dan Sibu. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment