Kes sembuh harian atasi jangkitan

JAKARTA 14 Mac – Jumlah kes sembuh di Indonesia mengatasi kes jangkitan apabila 5,647 pesakit dilaporkan pulih berbanding 4,714 kes jangkitan baharu Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 1,243,117 manakala jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,419,,456.

Lima provinsi yang merekodkan kes tertinggi adalah Jakarta yang menambah 2,012 dan kumulatifnya 347,138, Jawa Barat 946 ( 196,353), Banten 388 (24.527), Kalimantan Timur 363 ( 53.023) Jawa Timur 299 (122,751).

Bagi kes positif, Jakarta merekodkan tambahan kes yang tinggi iaitu 1,204 kes dengan jumlah kumulatifnya 359,980, Jawa Barat 1,133  (231.692), Banten 315 (32.141), Jawa Timur 278 (134.595) dan Kalimantan Timur 206 (59.851).

Sementara itu sebanyak 97 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 38,426 kes dengan Jakarta mencatatkan 36 kes dan kumulatif 6,060.

Jawa Timur mencatatkan 20 kes  (kumulatif 9.471), Jawa Barat enam ( 2.720 ), Kalimantan Timur enam ( 1.400) dan Banten enam dan kumulatifnya 644 kes.

Kes aktif pula berkurang sebanyak 1,030 menjadi 137,912;kes.

Mengenai program vaksinasi, jumlah penerima meningkat menjadi 4,020,124 orang berikutan 34,528 orang lagi mendapat suntikan manakala penerima vaksin dos kedua meningkat kepada 1,460,222.

Related posts

Leave a Comment