348 kes baharu, 4 kematian di Saudi

RIYADH 14 Mac – Arab Saudi merekodkan 348 kes baharu dan empat kematian akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kes jangkitan kini meningkat kepada 382,407 dan 6,567 kematian.

Sebanyak 247 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 372,703 orang sementara kes aktif 3,137 di mana 555 dalam keadaan kritikal.

Riyadh terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 179 diikuti Makkah 52 dan daerah Timur 44 kes.

Related posts

Leave a Comment