Singapura 8 kes baharu

SINGAPURA 13 Mac – Singapura melaporkan satu kematian dan lapan kes baharu Covid-19 sehingga tengah hari ini.

Korban ke-30 itu ialah seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun. Dia meninggal dunia akibat komplikasi ekoran Covid-19 pada Jumaat.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH).lelaki  itu berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bekerja dan kembali ke Singapura pada 30 Januari.

Lelaki itu mengalami batuk sebelum berangkat dari UAE dan sesak nafas pada hari yang sama. Dia diuji positif Covid-19 semasa tiba di Singapura.

“Dia pernah mengalami sejarah darah tinggi, hiperlipidemia (kolestrol tinggi dalam darah) dan gaut. Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) sudah menghubungi keluarganya dan menghulurkan bantuan mereka,” tambah MOH.

Pemegang pas pelajar yang tiba dari India dan dua lelaki – pemegang pas kerja dan pemegang permit kerja – yang tiba dari Bangladesh juga merupakan antara kes import hari ini.

Dua pemegang pas lawatan jangka pendek juga tersenarai sebagai antara kes-kes baharu , salah seorang tiba dari Amerika Syarikat untuk bekerja di Singapura. Lagi satu kes adalah anak kapal laut yang tiba dari Indonesia dengan menaiki kapal dan terus diasingkan sehingga keputusan ujian Covid-19 ke atasnya kembali positif dan dia dibawa ke hospital.

Kes import terakhir adalah pemegang pas istimewa yang merupakan anggota anak kapal laut. Dia tiba dari Indonesia dengan kapal dan diuji di atas kapal .

Sebelas lagi kes Covid -19 dikeluarkan dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan seramai 59,961.

Seramai 17 kes masih berada di hospital, yang kebanyakannya stabil atau beransur pulih, dan tiada yang berada di unit jagaan rapi.

Lagi 80 kes lain diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat, terdiri daripada mereka yang mengalami gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif Covid-19.

Sehingga Sabtu, Singapura melaporkan 60,088 kes COVID-19. 

Related posts

Leave a Comment