RIYADH 20 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan jumlah kes harian Covid-19 apabila merekodkan 458 kes, berbanding 499 semalam.
Sebelum ini selama enam hari, angka jangkitan berada di bawah 700, dan sebelum itu sehingga 12 Ogos melebihi 700 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 541,201 dengan kematian 8,458 orang termasuk sembilan yang dilaporkan meninggal hari ini.
Sebanyak 753 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 527,189.
Riyadh merekodkan 123 kes diikuti daerah Makkah 71, Qassim 45, dan Timur 42 kes jangkitan.
Terdapat 5,554 kes aktif dan 1,205 daripada mereka dalam keadaan kritikal.
