386 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 10 Mac – Arab Saudi merekodkan 386 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 380,958 kes. Kementerian Kesihatan juga melaporkan enam lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dan ini menjadikan 6,545 orang meninggal dunia. Di samping itu, jumlah pesakit yang dilaporkan pulih meningkat kepada 371,583 kes termasuk 245 kes yang dilaporkan sembuh dan ini. Sementara itu Riyadh merekodkan 177 kes harian diikuti daerah Timur 81 dan Makkah 43 kes. Kes aktif pula adalah 2,830 kes di mana 528 adalah kritikal.

Read More

5,633 kes baharu Indonesia

JAKARTA 10 Mac – Sebanyak 5,633 kes baharu Covid-19 dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,398,578 kes dengan kes aktif 144,213. Jawa Barat merekodkan 1,570 kes dengan kumulatif 227,496 diikuti Jakarta 1,040, Jawa Timur 399, Jawa Tengah 304 dan Kalimantan Timur 296. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,216,433 atau 87.0 peratus selepas 5,556 pesakit dilaporkan pulih. Lima provinsi yang mencatatkan jumlah pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jawa Barat 1,245 orang, Jakarta 827, Jawa Tengah 645, Kalimantan Timur 451  serta Jawa Timur 395 orang. Sementara itu kes kematian yang direkodkan hari ini…

Read More

34 tempatan 5 import di Thailand

BANGKOK 10 Mac – Thailand merekodkan 39 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 34 kes jangkitan tempatan dan lima import yang membawa kepada 26,540 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 21 kes disahkan di hospital manakala 13 lagi dalam komuniti. Samut Sakhon merekodkan 19 kes melibatkan 11 warga Thai, tujuh Myanmar dan seorang India; Pathum Thani merekodkan lapan kes; Tak tiga kes melibatkan dua Myanmar, satu Thai manakala Bangkok, Ayutthaya, Ang Thong dan Phetchaburi masing-masing satu kes, semuanya warga Thai. Lima kes import pula yang dikuarantin adalah ketibaan dari…

Read More

Tambahan 2,886 kes di Filipina

MANILA 10 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 daripada 2,668 kes semalam kepada 2,886 hari ini. Dengan perkembangan ini, setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes adalah 603, 308. Pada masa yang sama, sebanyak 221 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 546,293 atau 90.5 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 12,545 orang apabila 17 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula adalah 44,470 atau 7.4 peratus.

Read More

Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 10 Mac – Jumlah kluster meningkat kepada 1,217 berikutan lima lagi kluster dilaporkan hari ini yang melibatkan dua kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster import. Bagaimanapun, 768 kluster telah tamat termasuk 13 kluster hari ini dan ini menjadikan 449 kluster masih aktif. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Dialisis Batu, Kluster Intan Mas, Kluster Kupang, Kluster Tapak Bina Jalan Nipah, Kluster Sri Gading, Kluster Jalan Ithnin,  Kluster Padas Damit, Kluster Kampung Samin, Kluster Seri Bayu, Kluster Industri Grisek, Kluster Jalan Suasa, Kluster Kampung…

Read More

Selangor masih mendahului kes

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 561 kes (38.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes (86.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes (18.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 199 kes (13.7 peratus). Selangor: 561 kes  286 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Puteh dan Kluster Dagang Permai; 198 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; Dua (2) kes import dari luar negara; dan 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Johor: 273 kes 176 kes daripada kluster-kluster,…

Read More

1,448 kes , 5 kematian

  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes sembuh : 2,137 kes (298,516 kes kumulatif, 94.0%); Kes baharu : 1,448 kes (317,717 kes kumulatif); Kes import : 10 kes (1 warganegara; 9 bukan warganegara) Kes tempatan : 1,438 kes [878 warganegara (61.1%); 560 bukan warganegara (38.9%)]; Kes aktif : 18,010 kes; Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 151 kes; Kes memerlukan bantuan pernafasan : 72 kes; dan Kes kematian :5 kes (1,191 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).

Read More

Syahid atau tidak halang serangan

SINGAPURA 10 Mac – Seorang belia tempatan, Amirull Ali, 20 ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mahu membunuh orang Yahudi menggunakan pisau, di sebuah rumah ibadat Yahudi di Waterloo Street. Dia yang ditahan pada 5 Februari dan dikenakan tahanan ISA telah membuat perancangan untuk menyertai sayap tentera kumpulan Hamas, iaitu Briged Izz ad-Din al-Qassam (AQB) bagi memerangi Israel. Bagaimanapun hasrat itu terhalang kerana dia kurang pasti sama ada akan mati syahid dengan berbuat demikian. Ketika ditahan, Amirull sedang menjalani Perkhidmatan Negara sepenuh masa dengan Angkatan Bersenjata…

Read More

4.68 juta daftar vaksinasi

SETAKAT 10 Mac 2021, sebanyak 4,680,645 orang rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui MySejahtera. Negeri yang paling tinggi mendaftar adalah Selangor dengan sejumlah 1.5 juta pendaftaran diikuti Kuala Lumpur 372,974 dan Kedah di dengan 267,452. .Manakala bagi penerimaan vaksin pula, Sarawak menjadi negeri tertinggi penerima dengan sejumlah 27,500 orang, diikuti oleh Selangor 19,251 dan Kuala Lumpur dengan 16,887 penerima.

Read More

Wanita berdepan keganasan

GENEVA 10 Mac – Kaji selidik yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati nisbah seorang daripada tiga wanita di seluruh dunia berdepan dengan keganasan fizikal atau seksual dalam kehidupan mereka. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika mendedahkan laporan hasil kajian itu berkata, ia sesuatu yang membimbangkan dan menggesa kerajaan dan komuniti memberi perhatian terhadap perkara ini. Dr Tedros berkata, antara perhatian yang boleh diberi adalah berkaitan perubahan  undang-undang, memperkukuhkan ekonomi wanita dan hak kesamarataan untuk wanita. Katanya keganasan atau kekerasan terhadap wanita  bukan sekadar jenayah tetapi juga…

Read More