5,633 kes baharu Indonesia

JAKARTA 10 Mac – Sebanyak 5,633 kes baharu Covid-19 dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,398,578 kes dengan kes aktif 144,213.

Jawa Barat merekodkan 1,570 kes dengan kumulatif 227,496 diikuti Jakarta 1,040, Jawa Timur 399, Jawa Tengah 304 dan Kalimantan Timur 296.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,216,433 atau 87.0 peratus selepas 5,556 pesakit dilaporkan pulih.

Lima provinsi yang mencatatkan jumlah pesakit sembuh harian tertinggi adalah Jawa Barat 1,245 orang, Jakarta 827, Jawa Tengah 645, Kalimantan Timur 451  serta Jawa Timur 395 orang.

Sementara itu kes kematian yang direkodkan hari ini adalah 175 dan kumulatifnya mencapai 37,932 orang.

Jakarta sebanyak 45 kematian diikuti Jawa Timur 28, Jawa Tengah 27, Jawa Barat 24 dan Kalimantan Timur sembilan.

Mengenai program vaksinasi Covid-19,  jumlah penerimanya meningkat menjadi 3,574,698 orang selepas 237,672 lagi diberi suntikan.

Manakala  yang menerima vaksinasi kedua meningkat menjadi 1.262.878 orang.

Related posts

Leave a Comment