Tambahan 2,886 kes di Filipina

MANILA 10 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 daripada 2,668 kes semalam kepada 2,886 hari ini.

Dengan perkembangan ini, setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes adalah 603, 308.

Pada masa yang sama, sebanyak 221 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 546,293 atau 90.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 12,545 orang apabila 17 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula adalah 44,470 atau 7.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment