34 tempatan 5 import di Thailand

BANGKOK 10 Mac – Thailand merekodkan 39 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 34 kes jangkitan tempatan dan lima import yang membawa kepada 26,540 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 21 kes disahkan di hospital manakala 13 lagi dalam komuniti.

Samut Sakhon merekodkan 19 kes melibatkan 11 warga Thai, tujuh Myanmar dan seorang India; Pathum Thani merekodkan lapan kes; Tak tiga kes melibatkan dua Myanmar, satu Thai manakala Bangkok, Ayutthaya, Ang Thong dan Phetchaburi masing-masing satu kes, semuanya warga Thai.

Lima kes import pula yang dikuarantin adalah ketibaan dari Sweden (2) manakala yang lain dari Perancis , Nepal dan Emiriyah Arab Bersatu.

Daripada 26,540 kes sebanyak 25,946 (97%) dilaporkan pulih termasuk 95 yang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, 509 kes masih mendapatkan rawatan di hospital manakala jumlah kematian kekal 85.

Related posts

Leave a Comment