Selangor masih mendahului kes

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 561 kes (38.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes (86.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes (18.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 199 kes (13.7 peratus).

  • Selangor: 561 kes 
    • 286 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Puteh dan Kluster Dagang Permai;
    • 198 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 273 kes
    • 176 kes daripada kluster-kluster, termasuk 131 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Parit Penyengat Darat dan Kluster Pona [Kluster ini melibatkan lapan (8) kes import dari luar negara];
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 199 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Melor;
    • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 103 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment