351 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 8 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi merekodkan 351 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, turun sedikit berbanding 357 kes semalam. Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian akibat Covid-19 pula meningkat kepada enam orang, berbanding empat kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif kini mencecah 380,182 dan kematian pula 6,534 orang. Pada masa yang sama, MoH juga melaporkan 418 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 371,032 orang. Riyadh merekodkan kes yang tertinggi iaitu 168 kes diikuti daerah Timur 62 dan Makkah 53.…

Read More

Thailand catat 71 kes baharu

BANGKOK 8 Mac – Thailand mencatatkan 71 kes jangkitan baharu Covid-19 iaitu 48 kes tempatan dan 23 mport yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,441 kes Jumlah kematian kekal 85 selepas tiada laporan baharu pesakit meninggal dunia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 41 kes tempatan direkodkan di hospital manakala tujuh melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Daripada 41 kes, sebanyak 31 dilaporkan di Samut Sakhon, pusat gelombang kedua Covid-19 manakala Prachin Buri (3), Tak (2) dan Bangkok serta  Pathum Thani masing-masing satu kes. Samut Sakhon turut merekodkan enam kes dalam komuniti…

Read More

3,356 kes baharu Filipina

MANILA 8 Mac – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 3,356 kes baharu jangkitan Covid-19, iaitu meningkat sedikit berbanding 3,276 kes yang dilaporkan semalam. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes positif yang  direkodkan adalah sebanyak 597,763. Sebanyak 61 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah kumulatif 545,912 kes atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu lima pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 12,521 kematian. Kes aktif pula 39,330 atau 6.6 peratus daripada keselutuhan kes.

Read More

517 individu gagal patuhi SOP

KUALA LUMPUR 8 Mac – Gagal mematuhi penjarakan fizikal masih berlaku apabila 202 individu melakukan kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Jumlah tersebut adalah antara 517 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 513 dikompaun manakala empat lagi direman. Kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (66), aktiviti pusat hiburan (64), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (64), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (18), keluar rumah tanpa alasan munasabah (1) dan lain-lain (7). Dalam satu kenyataan…

Read More

467 kluster aktif, 736 tamat

PUTRAJAYA 8 Mac – Empat kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,203 kluster manakala kluster tamat meningkat kepada 736 selepas sembilan lagi tamat dan ini bermakna  467 kluster masih aktif. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu. Sebanyak 62 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu dan antara yang tertinggi adalah Kluster Industri Sungai Gadut (51 kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan…

Read More

Selangor catat 726 kes baharu

PUTRAJAYA 8 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 726 kes (47.5 peratus) berbanding 746 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 645 kes (88.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 252 kes (16.5 peratus) dan Johor sebanyak 120 kes (7.8 peratus). Selangor: 726 kes  92 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 553 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Lima kes import dari luar negara; dan 76 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Sarawak: 252 kes…

Read More

Penurunan kes bawah 2,000

PUTRAJAYA 8 Mac – Buat hari ketiga berturut-turut, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 di bawah 2,000 kes dengan mencatatkan 1,529 kes berbanding semalam 1,683 dan sebelumnya 1,680. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyam 314,989 dengan kes aktif 19,778. Daripada 1,529 kes, sebanyak 1,520 adalah kes tempatan yang melibatkan 1,177 warganegara dan 343 bukan warganegara manakala sembilan kes import pula  melibatkan tiga warganegara dan enam bukan warganegara. Sebanyak34 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen…

Read More

PH mula proses rundingan kerusi

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pakatan Harapan (PH) telah memulakan proses rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang melibatkan parti komponen PH dan parti-parti ‘sahabat’ yang mempunyai asas perjuangan yang sama, kata Pengerusinya, Anwar Ibrahim. Katanya, Majlis Presiden PH turut mempertimbang cadangan dikemukakan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Wilfred Madius Tangau supaya menubuhkan Kabinet bayangan. Majlis Presiden telah memutuskan beberapa perkara termasuk kerjasama melibatkan gerak kerja pilihan raya dan kedua adalah untuk memulakan rundingan pengagihan kerusi terutama melibatkan parti dalam PH serta mempertimbang kerusi bersama parti-parti…

Read More

Tiada kerjasama politik DAP – UMNO

GEORGE TOWN 8 Mac – DAP akan hanya menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat sahaja, bukannya kerjasama politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). kata  Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Beliau berkata, pihaknya sebelum ini senada dengan UMNO dalam menyatakan persetujuan agar sidang Parlimen diadakan bagi membahaskan permasalahan penularan pandemik Covid-19. “Kita (DAP) tidak mempunyai masalah atau halangan untuk bekerjasama dengan UMNO jika ia melibatkan kepentingan rakyat dan bukannya atas dasar kepentingan parti. “Contohnya, DAP bersetuju dengan UMNO yang mahukan persidangan Parlimen diadakan. Selain itu, kita juga…

Read More