Thailand catat 71 kes baharu

BANGKOK 8 Mac – Thailand mencatatkan 71 kes jangkitan baharu Covid-19 iaitu 48 kes tempatan dan 23 mport yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,441 kes

Jumlah kematian kekal 85 selepas tiada laporan baharu pesakit meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 41 kes tempatan direkodkan di hospital manakala tujuh melalui pengesanan aktif dalam masyarakat.

Daripada 41 kes, sebanyak 31 dilaporkan di Samut Sakhon, pusat gelombang kedua Covid-19 manakala Prachin Buri (3), Tak (2) dan Bangkok serta  Pathum Thani masing-masing satu kes.

Samut Sakhon turut merekodkan enam kes dalam komuniti manakala satu kes di Pathum Thani.

Sementara itu 23 kes import pula adalah mereka yang dikuarantin selepas tiba dari Emiriyah Arab Bersatu (10),  United Kingdom (4) Amerika Syarikat (2), Bahrain (2), dan masing-masing satu dari Itali, Pakistan, Lebanon dan Zambia.

Related posts

Leave a Comment