467 kluster aktif, 736 tamat

PUTRAJAYA 8 Mac – Empat kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,203 kluster manakala kluster tamat meningkat kepada 736 selepas sembilan lagi tamat dan ini bermakna  467 kluster masih aktif.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu.

Sebanyak 62 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu dan antara yang tertinggi adalah Kluster Industri Sungai Gadut (51 kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan Kluster Kebun Baru (22 kes).

Empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, melibatkan tiga berkaitan tempat kerja dan satu berkaitan komuniti.

1.        KLUSTER CYBER 72

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306783) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 5, Senai, Kulai. Sehingga 8 Mac, sejumlah 163 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

2.        KLUSTER JALAN i-PARK TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311121) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park 1/3, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 8 Mac, sejumlah 43 individu p disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

3.        KLUSTER JALAN LOKE YEW

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Loke Yew, Cheras. Sehingga 8 Mac, sejumlah 16 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

4.        KLUSTER BUKIT BAYAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu; Johor Bahru di Johor; dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305877) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti  di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Sehingga 8 Mac, sejumlah 139 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment