3,356 kes baharu Filipina

MANILA 8 Mac – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 3,356 kes baharu jangkitan Covid-19, iaitu meningkat sedikit berbanding 3,276 kes yang dilaporkan semalam.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes positif yang  direkodkan adalah sebanyak 597,763.

Sebanyak 61 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah kumulatif 545,912 kes atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu lima pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 12,521 kematian.

Kes aktif pula 39,330 atau 6.6 peratus daripada keselutuhan kes.

Related posts

Leave a Comment