Selangor catat 726 kes baharu

PUTRAJAYA 8 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 726 kes (47.5 peratus) berbanding 746 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 645 kes (88.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 252 kes (16.5 peratus) dan Johor sebanyak 120 kes (7.8 peratus).

  • Selangor: 726 kes 
    • 92 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 553 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lima kes import dari luar negara; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 252 kes
    • Sembilan kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 164 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 120 kes  
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Cyber 72 dan Kluster Jalan i-Park Tiga;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua kes import dari luar negara; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 89 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Lapan kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment