351 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 8 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi merekodkan 351 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, turun sedikit berbanding 357 kes semalam.

Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian akibat Covid-19 pula meningkat kepada enam orang, berbanding empat kes semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif kini mencecah 380,182 dan kematian pula 6,534 orang.

Pada masa yang sama, MoH juga melaporkan 418 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 371,032 orang.

Riyadh merekodkan kes yang tertinggi iaitu 168 kes diikuti daerah Timur 62 dan Makkah 53.

Terdapat 2,616 kes aktif dan 519 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment