Perlis catat 24 kes baharu

PUTRAJAYA 7 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes (44.3 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 172 kes (10.2 peratus).

Negeri Perlis melaporkan sebanyak 24 kes baharu di mana 13 kes melibatkan Kluster DTI Persiaran Wawasan dan 11 kes daripada sebuah pusat tahanan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan. Aktiviti kawalan dan pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kluster ini sedang dijalankan.

  • Selangor: 746 kes 
    • 222 kes daripada kluster-kluster, termasuk 45 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai dan Kluster Kemuning Enam;
    • 417 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 201 kes
    • 82 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang dan Kluster Kiba;
    • 102 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 172 kes 
    • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 158 kes  
    • 52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Tiga;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 125 kes  
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Satu;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment