SEPANG – Amanah, parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyifatkan cadangan supaya satu perbincangan antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik PH diadakan berhubung krisis di Negeri Sembilan sebagai tidak munasabah dan tidak masuk akal. Setiausaha Agung, Muhammad Faiz Fadzil, berkata, perbincangan sepatutnya diadakan sebelum tindakan khianat dan tebuk atap dilakukan oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan. Semalam Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Mesyuarat Biro Politik UMNO mengambil ketetapan supaya satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik PH harus diadakan bagi merungkai beberapa…
Read MoreDay: April 30, 2026
Pecat semuanya, berani atau tidak – Akmal
SEPANG – Bukan setakat pecat Mohamad Hasan (Tok Mat) tetapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO, demikian cabaran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. “Pemuda UMNO cabar untuk pecat bukan sahaja Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan ) tapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO. Kita okay sahaja, nak tengok pemimpin kamu berani atau tidak,” katanya menerusi Facebook. Pemuda UMNO membuat cabaran itu sebagai reaksi terhadap kenyataan pemimpin Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar Mohamad Hasan daripada Kabinet.. Terdahulu, Ahli Jawatankuasa DAPSY,…
Read More60,000 pokok ditanam di Makkah
MAKKAH – Lebih 60,000 pokok ditanam di seluruh kota suci Makkah dalam satu usaha penghijauan berskala besar yang mencerminkan komitmen Arab Saudi untuk meningkatkan kelestarian serta menambah baik pengalaman jemaah haji. Kidana Development Company, anak syarikat Suruhanjaya Diraja bagi Bandar Makkah dan Kawasan Suci, memaklumkan pihaknya baru-baru ini menanam 40,000 pokok, selepas fasa awal yang menyaksikan lebih 20,000 pokok ditanam sebelum ini. Menurut laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA), usaha gabungan itu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda kawasan hijau berbanding musim haji tahun lalu, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran lebih sejuk…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 30.04.2026
UMNO hormati pendirian 14 ADUN Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR 29 April – UMNO Malaysia menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Aminuddin Harun. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata, UMNO terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. Katanya, ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Biro Politik UMNO Malaysia yang berlangsung malam ini dan mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Jalaluddin Alias. “UMNO Malaysia telah mendengar penjelasan mengenai tindakan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri BN…
Read More