1,683 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 7 Mac – Sebanyak 1,683 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif 313,460 kes dengan kes aktif 20,333, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, terdapat 10 kes import yang melibatkan empat warganegara dan enam bukan warganegara.

Kes tempatan pula 1,673 kes iaitu 1,132 warganegara (67.7%); 541 bukan warganegara (32.3 %).

Sebanyak 61 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Awang (42 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (13 kes), Kluster Tembok Taiping (3 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), dan Kluster Tembok Tapah (1 kes).

Jumlah kes sembuh hari ini hampir dua kali ganda dari kes baharu apabila sejumlah 2,506 kes sembuh baharu dilaporkan menjadikan kumulatif kes sembuh hingga hari ini adalah 291,958 kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan mengenai  tiga kes kematian terbaharu menjadikan kumulatif kematian adalah 1,169 kes.

Kes-kes kematian hari ini melibatkan dua kes di Selangor dan satu kes di Pahang. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Sementara itu terdapat 174 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan .

Related posts

Leave a Comment