Lapan kluster baharu, 472 aktif

PUTRAJAYA 7 Mac – Sebanyak lapan kluster baharu yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster berkaitan komuniti dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,199 kluster.

Daripada jumlah itu, 727 telah tamat termasuk 14 kluster  hari ini iaitu Kluster Senai Murni, Kluster Bukit Palah, Kluster Jelita, Kluster Bintang Utama, Kluster Jalan Gangsa Dua, Kluster Industri Peramu Jaya, Kluster Jalan Segama, Kluster Kampung Muhibbah, Kluster Indah Riang, Kluster Jalan Trus, Kluster Taman Koperasi, Kluster Jalan Pudu, Kluster Jalan Banting-Klang, dan Kluster Ampang Campuran.

Sebanyak 472 kluster masih aktif dan 68 kluster merekodkan pertambahan kes hari ini termasuk Kluster Perusahaan 10 (55 kes), Kluster Industri Subang (44 kes), dan Kluster Kemuning Enam (44 kes).

Berikut lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1.        KLUSTER KEMUNING ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang  di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, Petaling. Sehingga 7 Mac, sejumlah 123 individu disaring, di mana 44 kes dikesan positif.

2.        KLUSTER JALAN SUNGAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Chua, Kajang. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif.

3.        KLUSTER INDUSTRI INANAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-299355) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 7 Mac, sejumlah 139 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

4.        KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312623) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3, Kawasan Perindustrian, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 7 Mac, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

5.        KLUSTER TAPAK BINA JALAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan 1/13A, Jalan Klang Lama, Lembah Pantai. Sehingga 7 Mac, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

6.        KLUSTER JALAN AWANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Awang Ramli Amit, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 43 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

7.        KLUSTER DTI PERSIARAN WAWASAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kangar di Perlis. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-310097) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah DTI yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar. Sehingga 7 Mac, sejumlah 32 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

8.        KLUSTER KIBA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304043) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Ulu Durin Kiba, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment