357 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 7 Mac – Arab Saudi merekodkan 357 kes baharu Covid-19 berbanding 382 semalam menjadikan jumlah kumulatif 379,474. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) empat lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 6,528 kematian. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan angka yang dicatatkan 370,614 termasuk 314 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Kes aktif pula 2,689 di mana 505 kritikal. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi dengan 188, Makkah 54, daerah Timur 51 dan Madinah 13.

Read More

Indonesia catat 5,826 kes harian

JAKARTA 7 Mac – Pemerintah Indonesia mengumumkan tambahan 5,826 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,379,662. Lima provinsi yang merekodkan kes harian tertinggi adalah Jakarta 1,834 kes dan  kumulatifnya 350,425, Jawa Barat 1,366 (222.400 ) , Jawa Tengah 395 ( 157,738), Kalimantan Timur 351 ( 58,039) dan Jawa Timur menambahkan 328 kes dengan kumulatifnya 132,171 kes. Bagi tempoh yang sama, kadar kematian turut meningkat apabila 112 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan 37.266 orang. Terdapat lima wilayah mencatatkan angka tertinggi harian iaitu Jakarta 45…

Read More

3,276 kes harian di Filipina

MANILA 7 Mac – Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 3,276 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Filipina yang membawa jumlah keseluruhan 594,412 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 51 pesakit meninggal dunia hari ini dan ini menjadikan jumlah kumulatif 12,516 kematian. Pada masa yang sama jumlah pesakit yang sembuh menunjukkan peningkatan dengan jumlah kumulatif 545,853 kes atau 91.8 peratus. Ini berikutan pada hari ini sebanyak 10,516 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala 36,043 kes aktif.

Read More

Lapan kluster baharu, 472 aktif

PUTRAJAYA 7 Mac – Sebanyak lapan kluster baharu yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster berkaitan komuniti dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,199 kluster. Daripada jumlah itu, 727 telah tamat termasuk 14 kluster  hari ini iaitu Kluster Senai Murni, Kluster Bukit Palah, Kluster Jelita, Kluster Bintang Utama, Kluster Jalan Gangsa Dua, Kluster Industri Peramu Jaya, Kluster Jalan Segama, Kluster Kampung Muhibbah, Kluster Indah Riang, Kluster Jalan Trus, Kluster Taman Koperasi, Kluster Jalan Pudu, Kluster Jalan Banting-Klang, dan Kluster Ampang Campuran. Sebanyak…

Read More

Perlis catat 24 kes baharu

PUTRAJAYA 7 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes (44.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 172 kes (10.2 peratus). Negeri Perlis melaporkan sebanyak 24 kes baharu di mana 13 kes melibatkan Kluster DTI Persiaran Wawasan dan 11 kes daripada sebuah pusat tahanan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Aktiviti kawalan dan pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19…

Read More

1,683 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 7 Mac – Sebanyak 1,683 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif 313,460 kes dengan kes aktif 20,333, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, terdapat 10 kes import yang melibatkan empat warganegara dan enam bukan warganegara. Kes tempatan pula 1,673 kes iaitu 1,132 warganegara (67.7%); 541 bukan warganegara (32.3 %). Sebanyak 61 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Awang (42 kes), Kluster…

Read More

Dr. M penerima tertua di Malaysia

LANGKAWI 7 Mac – Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dan isteri  Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Lada di Langkawi pada hari ini. Ahli Parlimen Langkawi itu merupakan penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia. Perkara berkenaan dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. “Di umur 96, Tun Mahathir ialah penerima tertua vaksin Covid-19 di Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitternya. Melalui ciapannya juga, Khairy turut menggalakkan lebih ramai warga emas mendaftar bagi fasa kedua Program…

Read More

60 tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 7 Mac – Thailand merekodkan 65 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 60 kes tempatan dan lima import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 26,370, dengan kematian kekal 85. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 20 kes dikesan di hospital sementara 40 lagi melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Daripada jumlah itu, Samut Sakhon, lokasi yang mencetuskan gelombang kedua Covid-19 merekodkan 38 kes manakala Pathum Thani dua kes. Samut Sakhon juga mengesan sembilan kes di hospital, lima di Tak dan dua masing-masing di Bangkok dan Nakhon Nayok manakala masing-masing…

Read More

Siapa lagi TPM jadi PM?

APABILA membaca wawancara mantan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Musa Hitam di Mingguan Malaysia (MM) hari ini, maka teringat kepada barisan mantan TPM lain sebelum ini. Kebetulan setahun yang lalu saya menulis tajuk Anwar menanti peluang berulang. Boleh rujuk tajuk itu sama ada di selak-selak.com atau di bebasnews.my Daripada senarai TPM ini, ada yang sempat naik menjadi Perdana Menteri (PM) dan ada yang tidak sempat sama ada meninggal dunia, meletak jawatan atau berundur dan juga yang dipecat. Tidak ketinggalan ada yang mengakhiri jawatan TPM itu sehingga pilihan raya umum (PRU) tetapi…

Read More

13 kes import di Singapura

SINGAPURA 7 Mac – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang kesemuanya kes import. Menurut kennyataan Kementerian Kesihatan (MoH) semua kes import itu dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Tiada kes baharu dilaporkan dalam kalangan masyarakat atau  di asrama pekerja asing. Dengan perkembangan ini, jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 60,033.

Read More