Saudi benarkan makan di restoran

ARAB SAUDI: Pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan pembukaan semula  pawagam, gimnasium dan  pusat sukan mulai Ahad (7 Mac), selepas melaksanakan sekatan membendung Covid-19 itu, pada awal Februari lalu.

Turut dibenarkan makan di restoran, kafe serta aktiviti acara dan hiburan.

Bagaimanapun, acara seperti perkahwinan, mesyuarat korporat, di dewan dan hotel masih dilarang manakala jumlah orang yang boleh berkumpul untuk kegiatan sosial dihadkan kepada 20 orang saja.

Kementerian Ehwal Islam Saudi, juga tetap menjalankan kempen meningkatkan kesedaran dan pengawasan di semua masjid di merata negara itu.

Ini termasuk langkah-langkah menjaga jarak, menggunakan sejadah sendiri dan memakai pelitup setiap masa.

Related posts

Leave a Comment