Brunei Darussalam catat kes ke-189

BRUNEI Darussalam merekodkan satu lagi kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 189 kes.

Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, kes import ini melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang tiba dari Jakarta pada 21 Februari lalu dan pengesanan kontak rapat sedang giat dilakukan.

Ini adakah kes import yang ke-48 direkodkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan  pada 6 Mei 2020 atau 304 hari yang lalu.

Dengan pengesanan kes ini, terdapat empat kes aktif sedang dirawat dan semuanya dalam keadaan baik. Kes sembuh pula 182 dengan tiga kematian.

Setakat ini juga sebanyak 701 individu sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan manakala 14,282 telah menamatkan proses itu.

Sementara itu Brunei mengumumkan perubahan pengurangan langkah-langkah penjarakan sosial dalam pelbagai  aktiviti termasuk berkaitan ekonomi, agama, sosial dan sukan.

Related posts

Leave a Comment