KUALA LUMPUR 30 Mei – Filem Konspirasi yang dihentikan tayangan di pawagam di seluruh negara, mulai kelmarin masih boleh ditonton di Singapura dan negara lain. Elepfilm Entertainment menerusi kenyataan dua perenggan yang dikongsi di Instagram (IG), mengesahkan Konspirasi dihentikan tayangan di seluruh negara. “Pihak produksi secara rasmi mengumumkan bahawa filem aksi ‘thriller’ terbaharu terbitan kami, Konspirasi telah ditamatkan tayangannya di seluruh rangkaian pawagam Malaysia berkuatkuasa pada 28 Mei lalu,” menurut kenyataan itu. Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut, tayangan filem Konspirasi di pawagam di Singapura dan negara lain, tidak terjejas. Kenyataan itu…
Read MoreDay: May 30, 2026
Lima tahun berturut-turut Anugerah Labbaitom
MAKKAH 30 Mei – Buat tahun kelima berturut-turut, Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mempertahankan Anugerah Labbaitom sempena musim haji 1447H/2026M sekaligus mengukuhkan reputasi sebagai penanda aras pengurusan haji dunia. Anugerah Labbaitom ialah pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pengurus jemaah haji dari seluruh dunia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. TH turut mengekalkan Diamond Award buat kali kedua pada musim haji 1447H/2026M, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada institusi pengurusan haji terbaik dunia. Menteri di Jabatan Perdana…
Read MoreMB Perlis miliki lesen sah senapang patah
KANGAR 30 Mei – Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah, memiliki lesen senjata api yang sah bagi selaras senapang patah digunakan dalam insiden menembak seekor lembu korban sedang mengamuk, kata Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop,. Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata ia berdasarkan hasil semakan oleh Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar. Bagaimanapun, beliau berkata, pihak polis merampas senapang patah terbabit dan sembilan butir peluru jenis ‘buckshot’, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu. “Pihak polis mengesahkan sudah menerima satu laporan daripada orang awam pada…
Read MoreOps Kesan 6.0 bendung aktiviti pecatutan
PUTRAJAYA 30 Mei – Selama tiga bulan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan Ops Kesan 6.0 bagi membendung aktiviti pencatutan susulan krisis bekalan global yang mencetuskan kenaikan harga minyak mentah dunia pada awal tahun ini. Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Azman Adam, berkata operasi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 (Akta 723) bermula 1 Jun hingga 31 Ogos ini. Katanya, ia bertujuan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah susulan peningkatan kos bahan mentah, operasi dan perniagaan. Beliau berkata, pelaksanaan…
Read MoreBerita pilihan….
WHO lapor kes Ebola meningkat
RWANDA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya 134 kes Ebola disahkan dalam wabak yang kini melanda Republik Demokratik Congo dan Uganda dengan jumlah kematian 18 orang. Laporan itu menunjukkan kes berkenaan termasuk sembilan di Uganda dan seorang doktor dari Amerika Syarikat (AS) yang merawat pesakit di Congo dan kini menerima rawatan di Jerman. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus bertemu rakan kerjasama kesihatan dan kemanusiaan beroperasi di Congo untuk membincangkan tindak balas terhadap wabak yang berpunca daripada virus Bundibugyo di timur negara itu. “Kami semua bersetuju mengenai kepentingan penyelarasan…
Read MoreTahap keselamatan bahan api berdepan risiko
WASHINGTON – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran, tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Dalam kenyataan bersama, mereka mengulangi bahawa kenaikan mendadak harga tenaga dan baja akibat peperangan itu memberi kesan lebih besar kepada negara berpendapatan rendah. Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. “Stok minyak global sedang susut pada kadar…
Read More