SEPANG 29 Mei – Bekas Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, menolak dakwaan kononnya Hamzah Zainudin memperalatkan Pas, UMNO dan institusi istana untuk memecahbelahkan Bersatu. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, dakwaan serta kritikan dilemparkan terhadap bekas Timbalan Presiden Bersatu itu oleh Dr Marzuki Mohamad iaitu bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin Yassin, adalah tidak berasas. Sebaliknya Wan Saiful dalam satu hantaran menerusi Facebook menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pihak tertentu dalam Bersatu. “Nampaknya mereka ini terlalu desperado, sehingga terpaksa menuding jari kepada orang lain untuk tutup…
Read MoreDay: May 29, 2026
UMNO perlukan PH untuk terus ‘bernyawa’
SEPANG 29 Mei – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mencabar Pemuda UMNO memastikan UMNO yang dikatakan sudah “cukup kuat” untuk bergerak solo bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pada masa yang sama, sayap DAP itu dalam satu kenyataan juga mencabar Pemuda UMNO supaya parti itu memutuskan kerjasama dengan PH di semua negeri tanpa pengecualian. Menerusi kenyataan itu, DAPSY turut mempersoalkan, jika Pemuda UMNO betul-betul yakin untuk“bergerak solo”, mengapa menteri-menteri UMNO tidak mengikut saranan untuk meletakkan jawatan dan keluar kerajaan? “Adakah semua masih selesa pegang…
Read MoreBersatu nafi mahu kembali kepada PH
SEPANG 29 Mei – Dakwaan kononnya Bersatu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim adalah fitnah dan rekayasa jahat yang sengaja dimainkan pihak tertentu bagi memecahkan perpaduan dalam parti dan Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, berkata amat malang, tatkala umat Islam sedang merayakan hari-hari Tasyrik, muncul kumpulan orang politik dan media yang asyik meraikan fitnah dan rekayasa jahat yang berlegar dalam masyarakat. “Menjunjung perlembagaan Bersatu dan dasar perjuangan parti yang berteraskan Bersatu, Beramanah dan Bermaruah, Bersatu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Bersatu akan kembali bekerjasama dengan…
Read MoreBerita pilihan…
7 peneroka dikenakan sekatan EU
BRUSSELS – Tujuh peneroka dan organisasi Israel dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU) susulan keganasan terhadap rakyat Palestin serta peluasan penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki Israel. Menteri Luar EU pada 11 Mei lalu bersetuju melaksanakan sekatan itu selepas ia sebelum ini tertangguh akibat bantahan bekas Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban. Bagaimanapun penyingkirannya pada pilihan raya umum terbaharu negara itu membuka laluan untuk veto berkenaan ditarik balik. Sekatan itu merangkumi larangan perjalanan dan pembekuan aset, selain warga serta syarikat EU turut dilarang menyediakan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi…
Read More28 maut, 42 cedera akibat serangan Israel
BEIRUT – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 42 yang lain cedera susulan serangan Israel di selatan, tengah dan timur Lubnan pada Khamis susulan pelanggaran berterusan perjanjian gencatan senjata. Serangan itu melibatkan 95 serangan udara dan sembilan operasi bedilan artileri yang menyasarkan kawasan kejiranan, kawasan komersial dan jalan utama di beberapa daerah di seluruh negara. Antara yang menjadi mangsa termasuk enam kanak-kanak, lima wanita, dua anggota tentera Lubnan serta sebuah keluarga yang disasarkan ketika cuba melarikan diri daripada keganasan di selatan Lubnan. Serangan intensif Israel di daerah Nabatieh menyasarkan kawasan kediaman…
Read More