Sekolah bersemuka 1 Mac

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes Covid-19 akan bermula pada 1 Mac ini melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua. Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.  Pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada 4 April manakala pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan B pada 5 April, iaitu selepas tamat sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Beliau berkata keputusan membenarkan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolahan lebih awal adalah…

Read More

Sabah benarkan aktiviti masjid, surau

KOTA KINABALU 19 Feb. – Semua masjid dan surau di Sabah dibuka untuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula hari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini. Menurut pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah kebenaran itu tertakluk kepada satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal. Solat jenazah juga dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau Aktiviti lain di masjid dan surau seperti kuliah Maghrib serta solat sunat dhuha juga dibenarkan tetapi tidak melebihi satu jam pada setiap sesi.…

Read More

327 kes baharu, 5 kematian di Saudi

RIYADH 18 Feb. – Arab Saudi merekodkan 327 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 374,029. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,450 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 371 kes pulih yang menyumbang kepada pertambahan jumlah pesakit sembuh sebanyak 365,017. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 165 kes diikuti daerah timur Saudi 51 dan Makkah 48. Kes aktif pula adalah sebanyak 2,562 di mana 493 kritikal.

Read More

9,039 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 18 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 9.039 kes baharu yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,252,685 kes. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes jangkitan apabila 10,546 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah kesembuhan meningkat kepada 1,058,222 kes. Kes aktif pula mencapai 160,49 kes. Pada masa yang sama jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 bertambah 181 orang menjadikan jumlah kematian kini 33,969 orang. Sementara itu, 14,205 orang mendapat suntikan vaksin dos pertama hari ini menjadikan 1,164,144 orang penerima…

Read More

17 kluster baharu, 506 aktif

PUTRAJAYA 18 Feb. – Sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan hari ini yang membawa kepada 1,045 kluster setakat ini. Daripada jumlah itu,  539 kluster tamat termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya, Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster J Bandar. Kluster aktif pula 506 kluster di mana 94 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Kebun Baru (188 kes), Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes), dan Kluster…

Read More

Selangor kekal mendahului kes

PUTRAJAYA 18 Feb. – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes (37.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes (78.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 426 kes (15.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes (7.8 peratus). Selangor: 1,013 kes  497 kes daripada kluster-kluster; termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Kemuning, Kluster Jalan Jitu, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Mayang, dan Kluster Jalan Industri Kidamai; 298…

Read More

Kes kematian harian tertinggi

PUTRAJAYA 18 Feb. – Malaysia merekodkan kes kematian harian tertinggi akibat Covid-19 apabila 25 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu. Pertambahan kes kematian itu menjadikan angka korban dalam negara kini mencecah angka 1,030 sejak kematian pertama pada 17 Mac tahun lalu. Kes-kes kematian melibatkan 15 kes di Selangor, masing-masing tiga di Sarawak dan Sabah, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebanyak 21 kes kematian melibatkan  warganegara dan empat kes melibatkan bukan warganegara Malaysia turut merekodkan 2,712 lagi…

Read More

Lagi kelonggaran PKP 2.0

PUTRAJAYA 18 Feb. – Setelah mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kerajaan menambah kelonggaran untuk penduduk yang sedang menjalani kehidupan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Kali ini boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu berkuat kuasa esok, Jumaat 19 Februari. “Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri… kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini. PKP di Selangor, Kuala…

Read More